Izinkan ku nyatakan hasrat ini
Agar kau mengerti dan fahami
Sedalam mana keihklasan hati
Walaupun terdetik berjuta kali
Ilusi apakah yang menghantui
Namun tak termampu ku curigai
Perasaan suci dalam diri..
Kau hadir umpama pelangi
tatkala aku sedang sunyi
Kau hulur semangat ke sanubari
Serta mengisi kekosongan hati
nan hampir mati..
Lantaran aku yang lemah berdiri
Hanya mampu menagih sekelumit simpati.
Agar diri dikasihi serta disayangi..
Tuhan…aku tidak mengerti perassan ini
Adakah aku bermain dengan api?
Ataukah sekadar dugaan Mu Illahi?
Namun telah ku tahu semua yang terpatri
Adalah rahmat Esa yang tidak berbelah bagi..
Kita umpama sepasang panji
Bersumpah setia kerana janji
Andainya semalam aku gelisah kerana irihati
Hari ini aku sangat bahagia kerana kau disisi
Namun ku tahu semuanya bukan hakiki
Kerana perpisahan pasti menanti
Di suatu hari..
Namun ku telah berjanji
Usah dikau khuatiri
Selagi terdaya kau kan ku miliki
Kerana dirimu adalah teman sejati
Walaupun kita berpisah mati
kau kan tetap ku bawa ke syurgawi
Bersama-sama insan yang ku sayangi..
Demi menghadap Rabbul izzati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan