wElcOMe To mY Life

ruangan hidupku

home

Isnin, 28 November 2011

Hujung November 2011

sedar x sedar tinggal lagi bbrapa hari nak masuk bulan disember ni..rasa tahun ni cepat sgt masa berlalu..pejam celik pejam celik dah penghujung tahun...masa banyak mencemburui kita..hehe..bulan Jan 2012 akan mula exam final year..rasa mcm xsabar pula..tp bila dah habis belajar mesti akan merindui saat2 belajar dulu ..alahai 3 tahun setgh ..xtrasa sgt...terlalu cepat melalui onak , badai dan pelbagai cabran dan dugaan ketika bergelar mahasiswa universiti ni..pelbagai2 masalah telah ku tempuhi dan lalui alhamdulilah semuanya dapat lalui dgn tenang dan lancar...
so setakat ini sahaja luahan ku tuk ketika ini..xde bnda yg menarik yg aq nak kongsi dgn kamu smua..hehehe.so jumpa lg untuk catatan ku yg akan dtg..huhuh

Ahad, 27 November 2011

                                            salam maal hijrah buat muslimin an muslimat 1433 hijriah..

Jumaat, 11 November 2011

Ada satu kesah...

WIFI PUNYA CERITA!!!

Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Man : ini kedai punya interner la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak Man : hah??
Mamak : "tajupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..
Man : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tajupakale
Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tajupakale
Man : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tajupakale..
Man : %@$#@%#!!!!...

(^^,)...

Khamis, 10 November 2011

lagi beberapa bulan je,..

pejam celik pejam celik..tinggal beberapa bulan shaja aq akan merindui kuliah dan rakan2 kuliah ku...lepas ni smua dah buat hal masing2..bulan 10 ku akan konvokesyen di UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK di PICC ..tp masih tertanya2 yg bermain difikiran ku..ada kah course yg aq ambil ni bila grad akan laku atau akan diserap mnjadi guru tetap..tak tahu la lepas ni apa nasib aq dan rakan2 ku yg ambil course education unirazak ni..tetapi yg peliknya kenapa course pendidikan di OUM dpt pengikhtirafan pula dgn kerajaan..apa semua ni..tu yg aq tau lah..tp xtau lah sejauh mana kesahihannya..huhu..semua ni bergantung pd nasib aq bila dah habis belajar nnti.. bila dah nak habis ni akan berasa cpat lah pulak dah nak habis belajar..tp bila 2 3 tahun sebeelumnya asyik terfikirkan bila lah nak habis belajar..ntah lah.apa nak jadi..
pada kwan2 ku lepas ni jgn lupa agenda kita tuk sem akhir ni wat perjumpaan tuk semua batch kita sahaja k..pastikan ianya bermakna buat kita seumur hidup kita sbg pelajar2 unirazak..ok guys..
mastermindnya adalah JUE ONENINENINE & SITI SAJARATUL @My Life @blogger..apa2 pun harap plan kita bakal menjadi..insyallah..sama2 kita doakan hasrat kwan2 kita menjadi,,

Selasa, 8 November 2011

Salam Aidiladha..

selamat hari raya aidiladha..buat muslimin dan muslimat..tahun ni raya xbalik kampung berkorban demi nak bayr duit pengajian sem akhir..huhu

Sabtu, 5 November 2011

Formula selesai PPSMI


  • Foto
    TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong (kiri) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar (kanan) pada Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Kementerian Pelajaran mengenai pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Putrajaya, semalam. - Foto Afendi Mohamed
  • Foto
    SEBAHAGIAN Pegawai Kementerian Pelajaran mengenai pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hadir di Putrajaya, semalam.
  • Dibenar ikuti subjek dalam BI hingga Tingkatan Lima
  • Guna BM sepenuhnya 2016 SRK, 2021 SMK
PUTRAJAYA: Kira-kira lima juta pelajar kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibenar meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris (BI) sehingga tamat Tingkatan Lima.
Ia berikutan keputusan Kabinet semalam untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia (BM) sepenuhnya di sekolah rendah pada 2016, manakala di sekolah menengah pada 2021 mengikut dasar Memarbatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (BI), BM atau dalam kedua-dua bahasa apabila memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

Katanya, keputusan itu diambil selepas kerajaan mengambil kira pandangan dan kerisauan ibu bapa, anak mereka yang sudah mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan dalam BI selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.

“Perlu diperjelaskan juga, murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam 2012 dibenar untuk meneruskan pembelajaran dalam BI, BM atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan; BI, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan BI atau bahasa Tamil atau kedua-duanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil," katanya pada sidang media di sini semalam. 
Kohort terakhir PPSMI di sekolah rendah pada masa ini berada dalam Tahun Dua tahun ini dan tamat Tahun Enam pada 2015.

Bagaimanapun, katanya bagi murid yang sudah mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan dalam BM atau kedua-dua bahasa dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam BM sepenuhnya.

“Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut oleh sesetengah pihak,” katanya.

Muhyiddin serta Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, turut memberikan taklimat kepada Pengarah Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah berhubung perkara itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

“Kerajaan berharap keputusan membenarkan kohort PPSMI, iaitu murid Tahun Dua hingga Tingkatan Lima tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat Tingkatan Lima dapat melegakan ibu bapa.

“Kerajaan yakin dengan keputusan ini, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia tidak akan terjejas," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berupaya menghalang PPSMI dimansuhkan, Muhyiddin berkata beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri berhubung kaedah "soft-landing" itu.

“Saya berjumpa dengan Perdana Menteri sebelum beliau berangkat ke Makkah... kerajaan dalam hal ini sudah membuat keputusan secara bersama, ini bukan keputusan saya dan bukan keputusan Kementerian Pelajaran.

“Perdana Menteri adalah Pengerusi Kabinet... lebih-lebih lagi apabila ia sudah menjadi polemik, Perdana Menteri setuju PPSMI dimansuhkan cuma bagaimana nak laksanakan kita kemukakan hari ini (semalam),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Perdana Menteri ada memberikan pandangan untuk meningkatkan penguasaan BI seperti kandungan sastera Inggeris dimasukkan dalam silibus lebih daripada sekarang.

Katanya, kementerian akan mengkaji perkara itu untuk disesuaikan dengan masa pembelajaran di sekolah termasuk berkaitan sekolah dua sesi iaitu pagi dan petang.

“Saya harap Tun (Dr Mahathir) faham sebab dia penyokong kuat Barisan Nasional (BN), kita buat keputusan bukan untuk suka-suka tetapi saya percaya rakyat terima, ibu bapa boleh terima. Kita faham, sebab itu keputusan ini dibuat begitu rupa supaya tidak bangkitkan masalah kepada rakyat,” katanya.

Tahun lalu, kerajaan memutuskan dasar MBMMBI dimulakan tahun ini yang mana menyaksikan murid Tahun Satu tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam BM sepenuhnya manakala pelajar Tingkatan Satu tahun depan akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan dalam BM sepenuhnya.

Bagaimanapun, katanya, selepas mengambil kira pandangan ibu bapa, Kabinet mengambil keputusan seperti diumumkan semalam.

Muhyiddin juga berkata kajian Kementerian Pelajaran mendapati kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah menggunakan sepenuhnya BI dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 sekolah menggunakan BI dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains," katanya. 


Sumber daripada @http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FormulaselesaiPPSMI/Article/#

KOMEN:


Muhyiddin juga berkata kajian Kementerian Pelajaran mendapati kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah menggunakan sepenuhnya BI dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 sekolah menggunakan BI dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains," katanya. 
 apa yang dikatakan oleh muhyidin sebenarnya tidak benar,..pengguanaan bahasa inggeris dlm sbjek mate dan sains sbnrnya digunakan dikwasan bandar..manakala kawasan luar bndar menggunakan bahasa melayu dalm 80%..ini kerana peljar2 dr luar bndar masih lagi lemah dalam bahasa inggeris..itu apa yang saya lihat kajian dr pengkaji2 lepas..

walaubagaimanapun ianya telah diputuskan oleh kabinet so xboleh buat apa lah jawabnya....kita tunggu dan lihat dimasa2 akan dtg pula apa pula untuk pentdbir yg akan dtg..


Khamis, 3 November 2011

5,000 mahasiswa UPSI tuntut jaminan


 "Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, sekali gus mengurangkan isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.
"Mengapa kekosongan jawatan guru diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan memorandum tuntutan penempatan pemegang ijazah itu kepada Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr. Noraini Idris di sini hari ini.
Tuntutan tersebut turut disokong oleh Gabungan Graduan ISMP Malaysia, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UPSI.
Dalam memorandum setebal lima muka surat itu, mereka turut menggesa Kementerian Pelajaran menghentikan pengambilan GSTT sebagai guru tetap kerana golongan tersebut sepatutnya menjadi sokongan dan bukan pilihan utama.
Ahad lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 GSTT.
Afiq Fikri berkata, pihaknya berharap UPSI akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.
"Kami menuntut agar kementerian tidak menawarkan pelan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan kerana ia mampu membunuh usaha melahirkan guru profesional.
"Kementerian juga perlu mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang mencukupi," katanya.
Mengulas lanjut, Afiq Fikri berkata, tuntutan itu dibuat bagi menjamin masa depan mahasiswa dan graduan UPSI.
"Kebanyakan graduan UPSI menganggur kerana mereka tidak diterima bekerja di sektor lain atas alasan ijazah pendidikan yang dimiliki tidak menepati kehendak mereka.
"Justeru, peluang graduan ini untuk bekerja hanyalah dalam bidang pendidikan tetapi hak kami sebagi guru telah dinafikan oleh golongan GSTT tersebut," ujarnya " sumber daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm



itulah hakikatnya graduan pendidikan tidak habis2 dgn masalah isu pengangguran ini..lepas satu selesai tambah lagi isu baru...kalu mcm tu baik xpayah buka kursus pendidikan lg baik ipta mahupun ipts..dah berlambak kursus pendidikan di malaysia ni..persoalan yg bermain difikiran ku..kenapa perlu bagi keutamaan kpd guru GSTT ni...apa kelebihan diaorg berbanding graduan2 yg sudah mendalami ilmu professional sbg seorg guru ni..kesian kepada graduan2 pendidikn ni yg masih lg menganggur..bukan setakat pelajar2 UPSI..malahan graduan daripada IPTS turut berasa bimbang sekiranya perkara sebegini berlaku.dah lah xconfirm dpt mengajar di sekolah kerajaan ni..tiba2 muncul lg isu berkaitan GSTT ni..aduhai apalah nasib kami pula sbg pelajar2 unirazak ni..yg belum tentu cerah masa depan sebagai warga pendidik..bukn kerana mengeluh menghadapi masalah seperti ini..tetapi membazir duit yang kita melabur belajar kat unirazak ni ambil kursus pendidikan..dah lah banyak pinjaman PTPTN...kerja belum tentu dapat lg ke tidak..macam2 masalah..aduhai apa lah nasib graduan UNIRAZAK seperti kami pula.??? sapa yang dapat bantu masalah kami pula..REnung2kan lah..~~~~~