"Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, sekali gus mengurangkan isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.
"Mengapa kekosongan jawatan guru diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan memorandum tuntutan penempatan pemegang ijazah itu kepada Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr. Noraini Idris di sini hari ini.
Tuntutan tersebut turut disokong oleh Gabungan Graduan ISMP Malaysia, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UPSI.
Dalam memorandum setebal lima muka surat itu, mereka turut menggesa Kementerian Pelajaran menghentikan pengambilan GSTT sebagai guru tetap kerana golongan tersebut sepatutnya menjadi sokongan dan bukan pilihan utama.
Ahad lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 GSTT.
"Kami menuntut agar kementerian tidak menawarkan pelan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan kerana ia mampu membunuh usaha melahirkan guru profesional.
"Kementerian juga perlu mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang mencukupi," katanya.
Mengulas lanjut, Afiq Fikri berkata, tuntutan itu dibuat bagi menjamin masa depan mahasiswa dan graduan UPSI.
"Kebanyakan graduan UPSI menganggur kerana mereka tidak diterima bekerja di sektor lain atas alasan ijazah pendidikan yang dimiliki tidak menepati kehendak mereka.
"Justeru, peluang graduan ini untuk bekerja hanyalah dalam bidang pendidikan tetapi hak kami sebagi guru telah dinafikan oleh golongan GSTT tersebut," ujarnya " sumber daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
itulah hakikatnya graduan pendidikan tidak habis2 dgn masalah isu pengangguran ini..lepas satu selesai tambah lagi isu baru...kalu mcm tu baik xpayah buka kursus pendidikan lg baik ipta mahupun ipts..dah berlambak kursus pendidikan di malaysia ni..persoalan yg bermain difikiran ku..kenapa perlu bagi keutamaan kpd guru GSTT ni...apa kelebihan diaorg berbanding graduan2 yg sudah mendalami ilmu professional sbg seorg guru ni..kesian kepada graduan2 pendidikn ni yg masih lg menganggur..bukan setakat pelajar2 UPSI..malahan graduan daripada IPTS turut berasa bimbang sekiranya perkara sebegini berlaku.dah lah xconfirm dpt mengajar di sekolah kerajaan ni..tiba2 muncul lg isu berkaitan GSTT ni..aduhai apalah nasib kami pula sbg pelajar2 unirazak ni..yg belum tentu cerah masa depan sebagai warga pendidik..bukn kerana mengeluh menghadapi masalah seperti ini..tetapi membazir duit yang kita melabur belajar kat unirazak ni ambil kursus pendidikan..dah lah banyak pinjaman PTPTN...kerja belum tentu dapat lg ke tidak..macam2 masalah..aduhai apa lah nasib graduan UNIRAZAK seperti kami pula.??? sapa yang dapat bantu masalah kami pula..REnung2kan lah..~~~~~
3 ulasan:
wah..blog seorang guru.. :)
wah..blog seorang guru.. :)
huhuhu..biasalah...maklumlah..huhu
Catat Ulasan